Saturday, 23 January 2016

Talaqqi Bersanad

Assalamualaikum warahmatullaiwabarokatuh,

Cuba tgk tajuk ana kat atas tu.. Talaqqi Bersanad. Syukur sangat kerana ana telah diajak oleh sahabat ana... 'chaq' untuk sertai kelas pembelajaran Talaqqi Bersanad. Seronok kelas tu... tak sia-sia ana sertai kakak2 dan abang2... nama dia sedapkan? TALAQQI BERSANAD.

Apa itu Talaqqi Bersanad? 

 Proses talaqqi dipersetujui oleh para ulama sebagai satu proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya.

KEPENTINGAN SANAD
• Sanad merupakan kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada Rasulullah s.a.w. Begitu juga sunnah para Sahabat r.a., Tabi’in dan generasi terkemudian.

• Kesinambungan sistem bersanad ini dibuktikan dengan adanya dokumen yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketetapan bacaan al-Quran.

• Sistem sanad merupakan salah satu mekanisma pencarian ilmu yang sempurna, kerana setiap ilmu yang dipindahkan dapat dipertanggungjawabkan keesahannya melalui rantaian periwayatan setiap perawi.

• Sanad merupakan sandaran yang penting bagi seseorang dalam menerima bacaan al-Quran kerana bacaan yang bersanad boleh menolak keraguan pada bacaan tersebut dan membukti kesahihan bacaan yang diterima

Wallahua'lam

7 Kalimah Harian

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh... maaf la dh selang sehari ana tak update blog ana ni. Untuk hari ni ana nak kongsi mengenai amalan membaca 7 kalimah... kalimah-kalimah ini dipesan oleh ustaz yang mengajar kami di Kuliah Dhuha kemarin agar tidak ditinggalkan dan harus diamalkan selalu.

1) http://41.media.tumblr.com/tumblr_lujmonVpuV1r2zuwso1_1280.jpg

 2)
http://41.media.tumblr.com/3b0b5c2e650a084a68d6dd62ccd8ddd8/tumblr_nvussiWPfI1qapk2qo1_500.png
 3)




https://lh3.googleusercontent.com/-LtOWmeG59ZA/VZJkgarcAtI/AAAAAAAMBFw/eXH7RMifSPA/w500-h200/tumblr_nkthamsk2v1tan9joo1_500.gif

4) http://studioarabiya.com/blog/wp-content/uploads/2012/07/inshallah.jpg


5) https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjNbPvYC7ag-gibg3cv-DXYHDoWOOfnwLfu01s88jxlnCzxZZ-PPeMSlaJmhjHowB_lWmBwfsC07rVmrHS_GMvv-PYAJq5tL7Cl7IbxViIBkiV8fiGshBGzdHP7WVkiJG-kIWIs-aui0kb/s1600/innaLillah.jpg

6) http://36.media.tumblr.com/a9f25b53f139e66b558690b26bea3ef4/tumblr_ntnpjgZoDc1qapk2qo1_500.jpg 

7)  http://41.media.tumblr.com/b93751b4d8125b96e860d0b3b261c2c1/tumblr_nha5ngIRz91qapk2qo1_500.jpg

Jom kita amalkan...

Wallahua'lam...  

Wednesday, 20 January 2016

Waktu-waktu Ijabah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.. kali ni Yanie nak kongsi waktu-waktu Ijabah untuk kita berdoa...

Waktu-waktu Ijabah adalah waktu Allah menjawab doa kita. Waktu ijabah ada enam, iaitu:

1. Sepertiga terakhir daripada waktu malam
2. Waktu azan (dikumandangkan)
3. Waktu azan dan iqamah
4. Selesai solat fardhu
5. Waktu imam naik mimbar hingga selesai solat pada hari itu
6. Pada waktu - waktu terakhir setelah solat Asar

Selain waktu-waktu ijabah tersebut, harus pula diperhatikan adab dalam berdoa, iaitu:

1. Hati benar-benar merasa hadir dan bertemu dengan Allah SWT sehingga mampu menumpukan secara khusyuk
2.  Merendahkan diri serta tunduk khusyuk ke hadrat-Nya
3. Menghadap ke arah kiblat
4. Harus dalam keadaan suci. Kalau boleh dalam keadaan berwudhuk
5. Mengangkat tangan kepada Allah
6. Memulainya dengan pujian kepada Allah. Misalnya membaca 'Alhamdulillah..." Kemudian membaca selawat ke atas Nabi.
7. Sebelum menyampaikan keinginannya, seseorang terlebih dahulu memohon amun dan bertaubat kepada Allah, misalnya "Astaghfirullah al-azim wa atubu ilaihi"
8. Mengajukan permohonan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
9. Berdoa dengan penuh harap dan takut, bertawasul kepada-Nya dengan nama-nama-Nya dan sifat-sifatNya, dan mengesakan-Nya
10. Mengeluarkan sedekah sebelum beroa.

Lets make difference!

Tuesday, 19 January 2016

Wajah - Wajah di Akhirat

Rasulullah SAW telah menjelaskan sebagai berikut:

1) Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan - menyakiti hati jiran mereka

2) Mereka yang menyerupai babi - suka melengah-lengahkan solat

3) Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala - enggan mengeluarkan zakat

4) Mereka yang keluar darah dari mulutnya - berdusta atau bercakap bohong

5) Mereka yang berbau busuk seluruh badannya - mereka yang mangaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan

6) Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu - balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau berbuat jahat

7) Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut - tidak bersaksi dengan kebenaran

8) Mereka yang kepalanya di bawah dan kakinya di atas - berzina serta mati sebelum bertaubat

9) Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api - memakan harta anak yatim

10) Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan - melawan kedua ibu bapanya

11) Mereka yang buta mata dan hatinya, serta giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran - minum minuman keras

12) Mereka yang wajahnya bagai bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat - balasan bagi orang yang beramal soleh, menjauhi maksiat, mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat

Wallahua'lam... sama-sama lah kita ambil iktibar...

Al-Baqarah - Surah terpanjang banyak kelebihannya

SURAH al-Baqarah semuanya diturunkan selepas hijrah di kota Madinah secara ijmak. Justeru itu ia dinamakan Surah Madaniah. Terdapat satu ayat, iaitu ayat 281 diturunkan pada masa Hajjatul Wada' dan diriwayatkan sebagai ayat terakhir. Al-Baqarah merupakan surah terpanjang di antara surah-surah al - Quran dan mengandungi 287 ayat. Ayat yang paling panjang iaitu ayat 282 yang berkaitan dengan hutang. Al-Baqarah bermaksud lembu betina seperti yang tercatat di dalamnya .
 
Kebanyakan ulamak tafsir berpendapat, dinamakan surah ini dengan al-Baqarah atau lembu betina kerana mengingatkan peristiwa mukjizat yang luar biasa berlaku pada zaman Nabi Musa, iaitu seorang dibunuh di kalangan Bani Israel tanpa diketahui pembunuhnya. Mereka bertanya kepada Nabi Musa untuk mengetahui pembunuhnya, lantas Allah mewahyukan kepada Musa supaya mereka menyembelih lembu betina dan dipukul sebahagian belulang tersebut kepada mayat. Selepas itu si mati dihidupkan dengan izin Allah dan mengkhabarkan pembunuhnya. Inilah bukti qudrat Allah boleh menghidupkan makhluk selepas mati.

Surah al-Baqarah juga dikenali sebagai az-Zahrawain sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. daripada hadis Abi Umamah al Bahili. Mengikut ulamak hadis, az-Zahrawain bermaksud dua cahaya, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran. Tersebut dalam Musnad al-Firdaus seperti yang dinamakan oleh Khalid bin Ma'dan dengan Fustat al-Quran ( Khemah al- Quran). Ini kerana surah ini terlalu agung dan besarnya kelebihannya. Imam al-Alusi menambah di dalam Ruh al-Maa'ni, terdapat banyak hukum yang disebut di dalam al- Baqarah seperti dinaqalkan daripada sebahagian masyaikh. Sesungguhnya terdapat padanya (surah al-Baqarah) seribu arahan, larangan dan khabar berita. Dikatakan juga padanya terdapat lima belas bidalan. Sebab itulah Ibnu Umar mengambil masa lapan tahun mengkajinya.

INTIPATINYA

Antara sifat surah al-Madaniah ialah pembicaraan tentang kaedah hukum syarak dan menyelesaikan konflik perundangan yang mengatur kehidupan umat Islam. Antaranya:-

1. Hukum-hukum akidah, ibadat, muamalat, akhlak, urusan perkahwinan, perceraian, idah dan lain-lain lagi.

2. Bermula dengan penerangan sifat-sifat mukmin sejati, kafir dan munafiqin dengan penjelasan hakikat iman, kufur, nifak dan bandingan antara golongan yang bahagia dan rugi.

3. Gambaran awal kejadian manusia. Adam daripada pembentukannya hingga kejutan- kejutan ajaib sebagai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada manusia dari alam syurga kepada dunia.

4. Iblis sebagai musuh utama manusia dalam penyesatan dan tipu helah.

5. Penjelasan panjang lebar tentang Bani Israel daripada Ahli Kitab kerana mereka berjiran dengan orang Islam di Madinah al-Munawarah. Justeru itu orang-orang Islam diingatkan tentang tipu daya dan perancangan jahat mereka yang disaluti sifat mazmumah seperti khianat, tipu, mungkir janji hingga segala bentuk jenayah dan penyelewengan. Perbincangan tersebut melebihi 1/3 surah ini.

6. Surah al-Baqarah juga membicarakan permasalahan undang-undang kerana orang Islam dalam peringkat permulaan pembentukan Daulah Islamiyah memerlukan kepada Manhaj Rabbani dan Tasyri' Samawi dalam menjalani kehidupan seperti ibadat atau muamalat.
Secara ringkasnya seperti berikut:

a. Hukum puasa secara terperinci.
b. Hukum haji dan umrah.
c. Hukum jihad fi sabilillah.
d. Permasalahan institusi ke keluargaan daripada perkah winan, talak, penyusuan, idah, haram menikahi perempuan musyrikah termasuk bersama isteri dalam haid hingga kepada hukum-hukum yang berkaitan dengan keluarga kerana daripadanya benih pertama dalam pembentukan masyarakat yang lebih besar.

7. Surah ini mengutarakan permasalahan jenayah riba yang menggoncangkan keutuhan masyarakat dengan penegasan amalan riba sebagai pengisytiharan perang daripada Allah dan Rasul kepada mereka yang terlibat dengan amalan riba.

8. Kemudian surah ini membentangkan ancaman pada Hari Akhirat yang menakutkan, manusia dibalas mengikut amalannya; baik dibalas baik dan jahat dengan hukuman jahat. Iaitu ayat yang terakhir diturunkan daripada al-Baqarah.

9. Surah ini dikhatamkan dengan taujih dan gesaan kepada orang mukmin untuk bertaubat dan kembali dengan rendah diri kepada Allah serta sentiasa meminta doa kepada Allah daripada musuh, di akhiri dengan permohonan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Syeikh Muhammad Rasyid Redha dalam tafsirnya, al-Manar mengemukakan khulasah surah al-Baqarah daripada dakwah Islam, hukum-hukum dan kaedah- kaedahnya:

1. Dakwah Islam yang umum dengan mengemukakan pembahagian manusia kepada tiga kumpulan; beriman, kafir dan munafik dengan menyebut natijah hukuman dan mithalan secara lengkap.

2. Arahan kepada umat Islam secara panjang lebar digabungkan antara tauhid dan iman dengan permasalahan cabang fikah. Disebut lebih daripada 21 perkara. Bermula dengan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haram mengerjakan sihir, hukum qisas, wasiat bagi kedua-dua ibu bapa, hukum- hukum puasa hinggalah kepada penutup doa.

3. Kaedah-kaedah syarak yang umum juga dinyatakan melalui surah al-Baqarah sebanyak 33 kaedah. Bermula dengan kaedah mengikut hidayah Allah yang diturunkan kepada rasul mewajibkan kebahagiaan hingga kepada kaedah terakhir, iaitu binaan asas-asas agama dalam akidah dan hikmah tasyri' mengikut akalan yang diistinbatkan daripada kebenaran, keadilan dan maslahat hamba. Beliau menutup perbincangan ini dengan katanya, ``Inilah yang dibuka Allah kepadaku daripada lembaran surah al-Baqarah jika ditadabbur mungkin banyak lagi.''

Menariknya surah ini dimuqadimahkan dengan sifat-sifat mukmin dan dikhatamkan dengan doa orang-orang mukmin untuk menunjukkan kemunasabahan antara permulaan dengan akhiran dan kesemua surah secara keseluruhannya. Maha suci Kalam Allah daripada kekurangan.

FADHILATNYA

Di antara fadilat surah al-Baqarah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Kathir :

1. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Surah al-Baqarah sebagai bonggol al-Quran (puncak seperti di belakang unta yang paling tinggi). (Riwayat Imam Ahmad seperti lafaz ini juga daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi).

2. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti perkuburan kerana rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah tidak dimasuki syaitan. (Riwayat Muslim, Tirmizi, an-Nasai' dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Tirmizi berkata, hadis hasan sahih).

3. Daripada Anas bin Malik katanya, Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah apabila mendengar surah al-Baqarah dibaca.

4. Daripada Abu Ubaid daripada Abdullah bin Mas`ud katanya, `` Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang didengar padanya surah al-Baqarah.'' (Riwayat an-Nasai' dalam Al-Yaum wa Lailah, al-Hakim dalam Mustadrak katanya, sahih isnad.

5. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. pernah menghantar pasukan dan dilantik orang yang paling muda menjadi ketua disebabkan beliau menghafaz surah al-Baqarah. (Riwayat Tirmizi, an-Nasai' dan Ibnu Majah).

6. Daripada Asyad bin Khudair katanya, ketika beliau sedang membaca al-Baqarah pada suatu malam, tiba -tiba kudanya yang ditambat melompat-lompat, lantas dia berhenti dan kudanya pun berhenti, sebaliknya apabila dibaca kudanya terus melompat. Kemudian dia melihat ke langit seperti gugusan cahaya lampu. Keesokan pagi dilaporkannya kepada Rasulullah s.a.w., dia ditanya, Adakah kamu tahu itu semua?'' Jawabnya, ``Tidak'' Sabda Rasulullah s.a.w. ``Itulah malaikat yang turun mendengar suaramu, sekiranya kamu membacanya sampai pagi nescaya orang ramai dapat melihat cahaya tersebut. (Riwayat Bukhari).

7. Daripada Buraidah katanya, Aku duduk di sisi Nabi s.a.w. dan mendengar baginda bersabda, Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya adalah berkat dan meninggalkannya adalah kerugian dan lemah dikuasai oleh tukang sihir atau syaitan. (Riwayat Imam Ahmad).

Sebenarnya terdapat banyak lagi hadis-hadis berhubung kelebihan surah al- Baqarah. Tetapi yang lebih penting adalah amalan bacaan, bukan semata-mata maklumat.

WAJAH MUNASABAH

Imam Rasyid Redha melalui kitabnya, al Manar menyebut, ``Tidaklah perlu menerangkan kemunasabahan antaranya dengan al - Fatihah, sekalipun telah nyata kerana ia tidak diletakkan selepasnya kerana itu.

Imam al-Alusi dalam kitabnya, Ruh al Maani memberi huraian kemungkinan surah al-Baqarah selepas al-Fatihah. Katanya, ``Bahawa surah al-Fatihah terkandung padanya penerangan rububiyyah dan kedua, ubudiyyah dan memohon hidayah dalam maksud-maksud agama, dan ketiga, tuntutan-tuntutan keyakinan. Begitu juga surah al- Baqarah terkandung penerangan berkaitan makrifat Rab. Pertama, pada ayat ketiga dan kedua, ibadat.

Selepas itu permohonan keperluan secara bersegera atau bertempoh. Begitu juga al-Fatihah berakhir dengan permintaan hidayah. Sama juga pada awal al-Baqarah iaitu isyarat kepada hidayah bagi orang yang bertaqwa.

Allah muqadimahkan Fatihah dengan perkara zahir dan setiap yang zahir terdapat bathin. Justeru itu dimuqadimahkan surah ini (al-Baqarah) dengan batin sirnya, iaitu Alif Lam Mim.

Sunday, 17 January 2016

Kenali Srikandi-Srikandi Islam Yang Benar

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh,

Zaman sekarang ni Yanie rasa macam dah tak ramai yang nak atau teringin nak mengenali siapakah srikandi-srikandi Islam... ya laa.. zaman sekarang ni ramai yang terlalu asyik dengan aktiviti masing-masing... semua nak kejar masa kan? Tapi, apa kata kita luangkan masa sekejap saja untuk kita telek senarai antara srikandi-srikandi Islam di bawah ni... sat ja Yanie nak amik masa anda...

1. AMINAH

Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan besar Nabi Muhammad. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik pada waktu itu dari segi keturunan dan kedudukannya sehingga boleh digelar sebagai puteri kaum Quraisy. Beliau adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Mutalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. Beliau juga adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf. Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf.

Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa..



2. FATIMAH

Segala-galanya bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah. Lahir seorang puteri yang mulia. Beliau adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman berzaman. Taatnya kepada Allah, patuhnya kepada Nabi, setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna.
Beliau adalah perisai yang menepis segala tohmahan dan cemuhan terhadap ayahandanya yang tercinta. Air mata ayahandanya adalah air matanya. Beliau insan terpilih, akhlaknya sempurna, peribadinya terpelihara. Beliau adalah Fatimah, puteri Nabi Muhammad, puteri yang dijanjikan syurga.


3. RABIATUL ADAWIYAH

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-Nya.
Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik lalu dijual sebagai hamba.
Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah jua lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadul juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya, Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir benar menjemputnya pergi, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.
Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahuakbar...

sumber: Buku Srikandi-Srikandi yang Benar oleh Saudar Zahiruddin Zabidi
 

Nama-nama Surah Di Dalam Al-Quran dan Pengertiannya

 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...

Sayang-sayang semua, idea utk entry kali ni tercetus apabila nama sahabat Yanie (Khairunnisa) terlintas.. Kami panggil beliau dengan nama Nisa... terus teringat Surah An-Nisa.... baru ja lepas surah tu...

Tapi tak pa... Yanie nak kongsi kat sini senarai nama surah dan pengertiannya untuk manfaat semua....

001. AL-FÂTIHAH (Pembukaan) 
002. AL-BAQARAH (Sapi Betina)
003. ÂLI ’IMRÂN (Keluarga Imran)
004. AN-NISÂ` (Wanita)
005. AL-MÂ`IDAH (Hidangan) 
006. AL-AN’ÂM (Binatang Ternak)
007. AL-A’RÂF (Tempat Tertinggi)
008. AL-ANFÂL (Harta Rampasan Perang
009. AT-TAUBAH (Pengampunan)
010. YÛNUS (Nabi Yunus As) 
011. HÛD (Nabi Hud As) 
012. YÛSUF (Nabi Yusuf As) 
013. AR-RA’D (Guntur) 
014. IBRÂHÎM (Nabi Ibrahim AS) 
015. AL-HIJR (Al-Hijr) 
016. AN-NAHL (Lebah
017. AL-ISRÂ` (Perjalanan Malam Hari) 
018. AL-KAHF (Penghuni Gua) 
019. MARYAM (Maryam) 
020. THÂHÂ (Thâ-Hâ, Huruf-huruf Hijaiyyah) 
021. AL-ANBIYÂ` (Para Nabi) 
022. AL-HAJJ (Haji) 
023. AL-MU`MINÛN (Orang-orang Yang Beriman)
024. AN-NÛR (Cahaya)
025. AL-FURQÂN (Pembeda) 
026. ASY-SYU’ARÂ` (Para Penyair)
027. AN-NAML (Semut)
028. AL-QASHASH (Kisah-kisah) 
029. AL-’ANKABÛT (Laba-laba)
030. AR-RÛM (Bangsa Romawi) 
031. LUQMÂN (Luqman)
032. AS-SAJDAH (Sujud) 
033. AL-AHZÂB (Golongan yang bersekutu) 
034. SABA` (Kota/Negeri Saba’/Sheba)
035. FÂTHIR (Pencipta)
036. YÂSÎN (Yâ-Sîn, Huruf-huruf Hijaiyyah)
037. ASH-SHÂFFÂT (Yang Berbaris) 
038. SHÂD (Shâd, Huruf Hijaiyyah) 
039. AZ-ZUMAR (Rombongan-rombongan) 
040. GOFIR/AL-MU`MIN (Orang Yang Beriman) 
041. FUSHSHILAT (Dijelaskan) 
042. ASY-SYÛRÂ (Musyawarah) 
043. AZ-ZUKHRUF (Perhiasan)
044. AD-DUKHÂN (Kabut/Asap) 
045. AL-JÂTSIYAH (Yang Berlutut
046. AL-AHQÂF (Bukit-bukit Pasir) 
047. MUHAMMAD (Nabi Muhammad SAW)
048. AL-FATH (Kemenangan) 
049. AL-HUJURÂT (Kamar-kamar)
050. QÂF (Qaf, Huruf Hijaiyyah) 
051. ADZ-DZÂRIYÂT (Debu Yang Diterbangkan) 
052. ATH-THÛR (Bukit) 
053. AN-NAJM (Bintang) 
054. AL-QAMAR (Bulan)
055. AR-RAHMÂN (Yang Maha Pemurah)
056. AL-WÂQI’AH (Hari Kiamat) 
057. AL-HADÎD (Besi)
058. AL-MUJÂDILAH (Yang Berbantahan) 
059. AL-HASYR (Pengusiran)
060. AL-MUMTAHINAH (Perempuan Yang Diuji)
061. ASH-SHAFF (Barisan)
062. AL-JUMU’AH (Hari Jum’at) 
063. AL-MUNÂFIQÛN (Orang-orang Munafik) 
064. AT-TAGHÂBUN (Hari Dinampakkan Kesalahan)
065. ATH-THALÂQ (Perceraian) 
066. AT-TAHRÎM (Pengharaman) 
067. AL-MULK (Kerajaan) 
068. AL-QALAM (Pena) 
069. AL-HÂQQAH (Hari Yang Pasti Terjadi) 
070. AL-MA’ÂRIJ (Tempat-tempat Naik)
071. NÛH (Nabi Nuh AS)
072. AL-JINN (Jin) 
073. AL-MUZZAMMIL (Orang Yang Berselimut) 
074. AL-MUDDATSTSIR (Orang Yang Berkemul) 
075. AL-QIYÂMAH (Hari Kiamat) 
076. AL-INSÂN (Insan, Manusia)
077. AL-MURSALÂT (Malaikat-malaikat Yang Diutus) 
078. AN-NABA` (Berita)
079. AN-NÂZI’ÂT (Malaikat-malaikat Yang Mencabut) 
080. ’ABASA (Bermuka Masam) 
081. AT-TAKWÎR (Tergulung)
082. AL-INFITHÂR (Terbelah)
083. AL-MUTHAFFIFÎN (Orang-orang Yang Curang)
084. AL-INSYIQÂQ (Terbelah) 
085. AL-BURÛJ (Gugusan Bintang)
086. ATH-THÂRIQ (Yang Datang Di Malam Hari) 
087. AL-A’LÂ (Yang Tertinggi) 
088. AL-GHÂSYIYAH (Hari Pembalasan)
089. AL-FAJR (Fajar)
090. AL-BALAD (Negeri)
091. ASY-SYAMS (Matahari) 
092. AL-LAIL (Malam)
093. ADH-DHUHÂ (Waktu Matahari Sepenggalan Naik)
094. AL-INSYIRÂH (Kelapangan)
095. AT-TÎN (Buah Tin)
096. AL-’ALAQ (Segumpal Darah)
097. AL-QADR (Kemuliaan) 
098. AL-BAYYINAH (Penjelasan) 
099. AZ-ZALZALAH (Kegoncangan) 
100. AL-ÂDIYÂT (Kuda Perang Yang Berlari Kencang) 
101. AL-QÂRI’AH (Hari Kiamat) 
102. AT-TAKÂTSUR (Bermegah-megahan) 
103. AL-’ASHR (Masa)
104. AL-HUMAZAH (Para Pengumpat) 
105. AL-FÎL (Gajah) 
106. QURAISY (Suku Quraisy
107. AL-MÂ’ÛN (Barang-barang Yang Berguna) 
108. AL-KAUTSAR (Nikmat Yang Banyak)
109. AL-KÂFIRÛN (Orang-orang Kafir) 
110. AN-NASHR (Pertolongan) 
111. AL-LAHAB (Api Yang Bergejolak) 
112. AL-IKHLÂSH (Ikhlas, Kemurnian) 
113. AL-FALAQ (Waktu Shubuh)
114. AN-NÂS (Manusia) 

Haa.. lepas ni kita tau la kan... hehe.. selamat mengkaji yer....

Syukran....

Saturday, 16 January 2016

Bacalah Al Quran..


Doa Selepas Tahiyat Akhir dan Sebelum Memberi Salam

Assalamualaikum,

Ni Yanie nak kongsikan doa yang patut kita baca selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam...

Amalan Untuk Kita Pulang Ke Sana...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....

Pagi ni saja la nak berkongsi untuk amalan kita bersama supaya kita mendapat manfaat untuk dibawa pulang ke sana nanti...
Ada TIGA perkara yang akan bersama-sama menghantar kita ke kubur...

1. KELUARGA
2. HARTA
3. AMALAN

Namun, KELUARGA & HARTA akan pulang semula ke rumah dan tinggal hanya AMALAN yang akan teman kita masuk ke alam kubur...

Terdapat pula 4 perkara yang perlu kita amalkan dan 4 perkara yang perlu kita jauhkan... apadia tu?

4 PERKARA YANG PERLU KITA AMALKAN UNTUK TEMAN KITA KE ALAM KUBUR:

1. Jaga Solat 5 Waktu
2. Banyakkan Bersedekah
3. Banyakkan Membaca Al-Quran
4. Banyakkan Bertasbih, Bertahmid, Bertahlil, Bertakbir dah Berhauqolah....
    Tasbih: Subhanallah
    Tahmid: Alhamdulillah
    Tahlil: Laailaahaillallah
    Takbir: Allahuakbar
    Hauloqah: Laahaulawalaa quwatailla billahil 'aliyyil 'azim

4 PERKARA YANG PERLU KITA TINGGALKAN SUPAYA KITA BAHAGIA DI ALAM KUBUR:

1. Berdusta / Berbohong
2. Khianat
3. Mengadu Dumba
4. Menjaga KENCING... kita solat siang dan malam pun tapi kita tak jaga kebersihan air kencing, boleh sebabkan kita masuk neraka... wana'uzubillahiminzalik.. pastikan kita berdehem waktu habis kencing dan pastikan kita cuci bersih sebersih bersihnya...

wallahua'lam...