Saturday, 23 January 2016

Talaqqi Bersanad

Assalamualaikum warahmatullaiwabarokatuh,

Cuba tgk tajuk ana kat atas tu.. Talaqqi Bersanad. Syukur sangat kerana ana telah diajak oleh sahabat ana... 'chaq' untuk sertai kelas pembelajaran Talaqqi Bersanad. Seronok kelas tu... tak sia-sia ana sertai kakak2 dan abang2... nama dia sedapkan? TALAQQI BERSANAD.

Apa itu Talaqqi Bersanad? 

 Proses talaqqi dipersetujui oleh para ulama sebagai satu proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya.

KEPENTINGAN SANAD
• Sanad merupakan kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada Rasulullah s.a.w. Begitu juga sunnah para Sahabat r.a., Tabi’in dan generasi terkemudian.

• Kesinambungan sistem bersanad ini dibuktikan dengan adanya dokumen yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketetapan bacaan al-Quran.

• Sistem sanad merupakan salah satu mekanisma pencarian ilmu yang sempurna, kerana setiap ilmu yang dipindahkan dapat dipertanggungjawabkan keesahannya melalui rantaian periwayatan setiap perawi.

• Sanad merupakan sandaran yang penting bagi seseorang dalam menerima bacaan al-Quran kerana bacaan yang bersanad boleh menolak keraguan pada bacaan tersebut dan membukti kesahihan bacaan yang diterima

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment