Tuesday, 28 June 2016

UPDATE TARIKH JOB UNTUK WEDDING PHOTOSHOOT - SEPTEMBER 2016

Assalamualaikum semuaaaa.... hihihi.. lagi 7 hari je kita nak sambut kehadiran Syawal... apa² pun Yanie doakan agar ibadah puasa kita semua diterima Allah SWT.. aamiin..

Kali ni Yanie nak update tarikh-tarikh untuk wedding photo shoot jobs yang dah ditempah...

~ 2 & 3 September 2016
~ 14 & 15 September 2016
~ 17 September 2016

Sekian, harap maklum...


Untuk tempahan perkhidmatan fotografi, boleh hubungi: 
hp: 0134006006 
fb: Yanie Irisa 
ig: yanieirisa 
email: yanie.irisa@gmail.com 
blog: www.yanieirisa.blogspot.com

Sunday, 26 June 2016

BERAT BADAN & DIET


Hai semua... sat ja kan? dah 21 hari dah kita berpuasa hari ni... so, macam mana? mesti ada yang happy sebab badan makin ringan and maybe ada jugak yang bertambah comel... sebab? ye la.. kalau dah time berbuka puasa tu kita makan macam nak cover untuk 10 hari memang confirm la badan kita naik.

Ok.. kali ni, Yanie nak kongsi pasal berat badan dan diet. Yanie tak nak cakap pasal orang lain.. Yanie nak share pasal diri Yanie sendiri.

Sebelum puasa memang Yanie dah pasang niat.. nak ambil kesempatan bulan puasa ni untuk turunkan berat badan... mula tu agak cuak jugak sebab Yanie dah cuba macam-macam teknik dan cara untuk kurus. Tapi mungkin juga sebab Yanie tak istiqomah... tu yang tak menjadi tu.

Haa.. kita cerita balik pasal niat Yanie nak kurus... Yanie take down berat badan sebelum Yanie mula puasa. Ok.. sebelum tu, Yanie ada terbaca pasal produk Acai Berry Plus (ABP) ni kat internet... so, terus lah order sebab nak kurus kan? Rupanya ada jugak produk ACAI BERRY ni yang diharamkan.. jangan salah faham tau... Yanie consume yang diluluskan oleh KKM.. Acai Berry Plus... macam gambar kat atas tu..

Berat Yanie sebelum amalkan ABP 67kg tau.. so, Yanie start seminggu sebelum puasa... ok.. sekarang berat badan Yanie dah berjaya turun ke 61kg dah... TAPI.... Yanie bukanlah bergantung kpd ACP tu semata-mata... Yanie control makan... Nasi memang Yanie kurangkan. Tapi karbohidrat Yanie tak tinggal laa.. tu kan untuk tenaga kita... Yanie ganti nasi dengan roti...

Ok.. kalau ada sesiapa yang nak tahu cara Yanie control makanan, boleh je leave comment.. nanti Yanie share... 


Untuk tempahan perkhidmatan fotografi, boleh hubungi: 
hp: 0134006006 
fb: Yanie Irisa 
ig: yanieirisa 
email: yanie.irisa@gmail.com 
blog: www.yanieirisa.blogspot.com

Monday, 20 June 2016

ANAK KENA TONSIL

Assalamualaikum,

Ya Allah... terima kasih atas ujian Mu... sejak semalam Wafi mula demam... badan Wafi mula suam... so hari ni Yanie p keja macam biasa laa... tapi balik keja petang tadi... mashaa Allah.. badan Wafi panas kuat... Yanie terus lah bawak Wafi ke Klinik I-Care di Kelibang, Langkawi. 

Nak bawak Wafi pi klinik tu pulak tak semudah yang disangka tau.. Wafi ni memang susah sungguh dengan ubat atau DOKTOR. Tiba-tiba timbul idea cakap kat Wafi nak bawa jumpa KAWAN MAMA... haa baru lah dia nak turun daripada kereta.. 

Meh Yanie share apa itu Tonsil atau Tonsilitis?


Apa itu tonsil ? 

Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. 

Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis? 

Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. 

Simptom-simptom penyakit

  • Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak 
  • Nafas berbau busuk. 
  • Bunyi suara yang ganjil 
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak 
  • Kelenjar tekak akan kelihatan besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya. 
Rawatan: 
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk 
  • Banyakkan minum 
  • Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan panas 
  • Rehat 
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria 

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ? 

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): Apabila jangkitan berulang – ulang. Kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil. 

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? 

Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan. Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk. 

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ? 

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk: Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya. Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus. Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan. Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya. 

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

******************************************** 

TONSIL 

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan. Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi. Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

 *********************************** 

APAKAH ITU TONSIL? 

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:- 

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung 
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah 
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan. 

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis? 

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit. 

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil. 

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil? 

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga. 

Antara gejala radang tonsil 

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk 
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan 
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi 
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan 
5. Suara garau atau hilang suara 
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher. 
7. Mulut berbau busuk 
8. Berdengkur waktu tidur 

Komplikasi Radang Tonsil 

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun. 

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa. 

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu. 

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung). 

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur. 

Rawatan Radang Tonsil. 

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti. 

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit. 

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat. 

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati. 

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Credit to: Blackgolast Blog


Untuk tempahan perkhidmatan fotografi, boleh hubungi: 
hp: 0134006006 
fb: Yanie Irisa 
ig: yanieirisa 
email: yanie.irisa@gmail.com 
blog: www.yanieirisa.blogspot.com

Friday, 17 June 2016

Ramadhan ke 12

Assalamualaikum semua... sekejap je kan kita dah sampai ke Ramadhan ke 12? Maknanya tinggal lagi 18 je untuk kita berusaha dan pulun buat amal ibadah untuk mendapat keredhaan Allah di sepanjang bulan yang mulia ini. Walaubagaimanapun, buat kaum hawa kita tak perlu gusar.. sebab kita ni istimewa... kalau dah Allah Bagi Cuti (ABC) kita kena redha.. sebab tu lah tandanya Allah sayangkan kita...

Cuma sepanjang bulan puasa ni, Yanie akui banyak dugaan dan ujian daripada Allah yang nak menguji tahap kesabaran dan keimanan hamba-hambaNya... Yanie sendiri pun masa mula puasa dah ada ujian yang melanda... tapi Yanie redha sebab Yanie yakin Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya...

So, macam mana dengan persiapan raya? Buat penjawat awam, anda dah pun terima BONUS RAYA daripada Kerajaan kan? Boleh lah guna duit tu untuk beli persiapan anak-anak. Bagi diri Yanie, terus terang lah Yanie cakap kat sini... Yanie tak de semangat nak beraya... 

Satu perasaan yang amat perit dan pahit untuk Yanie lalui tahun ni... arwah mak pergi meninggalkan kami pada 9 Oktober 2015. Mashaa Allah.. Allah saja yang tahu bagaimana hancur luluh hati kami...



Dulu masa arwah mak ada, setiap tahun WAJIB mak akan buat kuih makmur.. sebab mak tahu tu kuih kegemaran Yanie... tapi lepas mak pergi Yanie dah hilang semua selera... 

Sampai sekarang semangat Yanie belum kembali mak... semoga roh mak tenang di sisi Pencipta mak... Yanie terlalu rindukan mak... Yanie rindu senyuman mak.. Yanie rindu tangisan mak.. Yanie rindu gelak tawa mak.. Yanie rindu pelukan mak.. Yanie rindu usapan dan sentuhan mak... Yanie rindu segalanya mak... kasih sayang mak yang tiada galang gantinya....

Innalillahiwainnailaihirojiun...


Untuk tempahan perkhidmatan fotografi, boleh hubungi: 
hp: 0134006006 
fb: Yanie Irisa 
ig: yanieirisa 
email: yanie.irisa@gmail.com 
blog: www.yanieirisa.blogspot.com

Thursday, 16 June 2016

PERASAAN PERTAMA BERSAMA PENGANTIN

Agak-agak catchy tak tajuk post Yanie kali ni? Hehehehe.... 

Bukan apa... kali ni Yanie nak share dengan anda tentang perasaan Yanie bila first time nak jumpa dan berurusan dengan bakal client Yanie.. of course la pengantin... hehehhee... well, Yanie ni sebenarnya mudah gugup, nervous, panic dan sewaktu dengannya laa... hihihi.. tapi mujur la Yanie ni agak mudah nak handle perasaan tu semua... 

Sebelum Yanie mulakan tugasan jurufoto, perkara pertama yang Yanie akan buat ialah dengan melawat rumah pengantin sekurang-kurangnya sehari sebelum hari kejadian. Bila buat macam tu, sekurang-kurangnya Yanie dapat kenal dan beramah mesra dengan pengantin dan family... ye laa.. nanti kita nak suruh family pengantin buat FREE STYLE senang... hehehehe....

Alhamdulillah... setakat yang Yanie berkhidmat ni semua client dan keluarga sporting habis... memang happening.. ada yang masih rapat sampai sekarang...

Heheh.. tu je dulu untuk post Yanie kali ni.... in shaa Allah nanti Yanie sambung lagi ye...


Untuk tempahan perkhidmatan fotografi, boleh hubungi: 
hp: 0134006006 
fb: Yanie Irisa 
ig: yanieirisa 
email: yanie.irisa@gmail.com 
blog: www.yanieirisa.blogspot.com

Tuesday, 14 June 2016

MANFAAT RAMADHAN

Syukur lah kan.. dah selesai berbuka puasa dah tadi... anda makan apa? Jangan over makan dah laa... kot sat ni liat nak bangun sahur lak... Anda rasa letih tak sepanjang mengerjakan ibadah puasa ni? Yanie ni alhamdulillah laa.. bukan la kata Yanie ni nak promo ka apa ka kan... Nak tahu tak Yanie amalkan apa?


Sejak hari pertama puasa, Yanie dah mula merutinkan diri dengan mengambil Stevia... Yanie titik ja dalam air minuman... stevia ni banyak khasiat... pastu, stevia ni dapat mengawal selera makan.... sejak mula puasa boleh bilang dengan jari la berapa kali Yanie makan nasi... Dan alhamdulillah laa.. berat pun dah turun 4kg....



Tapi ni lah... rasa macam nak demam lak.. mungkin sebab berjangkit daripada anak bongsu Yanie kot... huhuhu....

Oklah.. setakat ni dulu perkongsian Yanie untuk kali ni... ingat nak sambung edit gambar pengantin tapi rasa macam dah tak dak tenaga dah....

Ok... thank you, good nite and assalamualaikum...


Untuk tempahan perkhidmatan fotografi, boleh hubungi: 
hp: 0134006006 
fb: Yanie Irisa 
ig: yanieirisa 
email: yanie.irisa@gmail.com 
blog: www.yanieirisa.blogspot.com

Salam 9 Ramadhan

Hai semua, baru ja lepas sahur... so, sementara nak tunggu waktu subuh, Yanie saja la nak borak... pejam celik pejam celik tinggal 21 hari saja lagi untuk kita sambut kedatangan Aidilfitri... macam pulak dengan persiapan keluarga? Mungkin ada yang fikir, ooohhh rileks lu.... awal lagi.... haa tapi kita kena ingat... masa CEPAT sangat berjalan... takut nanti kita yang gigit jari sebab last minute baru nak buat preparation kan?
Tapi kali ni bukan pasal persiapan raya yang Yanie nak sembang tapi saja je nak share... semalam KAMI berbuka puasa di Restoran Veena kat pekan Kuah, Langkawi... sedap... antara menu yang kami order:
  • Ikan siakap stim
  • Sotong goreng tepung (wajib)
  • Tomyam campur
  • Ayam masak cili
  • Sayur campur
  • Udang lipan masak cili
  • Telur dadar
  • Kerabu sotong
Kiranya semua menu tu untuk kami berlapan. Haa... memang puas hati laa... jumlah kami kena bayar untuk semua tu RM176.00... berbaloi laa.... sebab memang sedap...
Nanti kalau anda yang nak mai Langkawi, boleh ja contact Yanie or kawan-kawan Yanie untuk refer the best kedai makan yang sedap and murah of course... kami boleh tolong suggest...
13418969_1124328107625900_7263686174058820928_n
Okay.... salam sayang untuk kali ni....